Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia.

Selamat Datang ke Blog Rasmi YB Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Wednesday 21 May 2014

Lawatan Datuk Dr. Haji Wan Junaidi serta Isteri ke Kampung Tabuan Haji Drahman

Pada tanggal 13 Mei 2014, YB Datuk Dr. Haji Wan Junaidi serta isteri Datin Feona Wan Junaidi telah menghadiri satu Majlis Penyerahan Sumbangan Kecemasan Kepada Mangsa Kebakaran di Kampung Tabuan Haji Drahman. Majlis itu bertujuan untuk memberi ruang dan peluang kepada YB Datuk untuk melihat sendiri keadaan tapak kejadian kebakaran selain memberi sumbangan kepada mangsa-mangsa kebakaran tersebut.

Kejadian kebakaran yang berlaku pada 7 Mei 2014 sekitar jam 10.30 pagi itu telah mengakibatkan 8 buah rumah hangus sepenuhnya manakala 1 buah rumah hangus sebahagian. Walaupun pasukan penyelamat dan bomba telah bertungkus lumus untuk memadamkan api kebakaran namun keadaan api yang terlalu marak dan begitu cepat merebak telah mengakibatkan harta benda serta dokumen-dokumen penting tidak dapat diselamatkan oleh penduduk kampung.

Paling menyayat hati YB Datuk serta seluruh rakyat adalah apabila kejadian kebakaran itu telah meragut nyawa seorang ibu iaitu Anisa binti Ramblee (26 tahun) serta dua orang anaknya iaitu Nur'shaza binti Mohd Azmi (5 tahun) dan Siti N'ur Diana binti Mohd Azmi (3 tahun). Inilah yang dinamakan takdir daripada Allah S.W.T namun adalah besar harapan YB Datuk agar anak-anaknya yang lain yang masih hidup dapat meneruskan hidup sama seperti kanak-kanak lain selain diberi kasih sayang yang secukupnya oleh keluarga yang memelihara mereka. 

Dengan adanya sumbangan daripada YB Datuk diharap dapat mengurangkan sedikit sebanyak beban yang ditanggung selain memberi kata-kata semangat kepada mangsa-mangsa kebakaran tersebut agar tidak mudah berputus asa dengan ujian dan dugaan yang diberikan. 

Akhir kata, marilah sama-sama kita berdoa agar roh mangsa tiga beranak yang terkorban tersebut ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan bertakwa. Al-Fatihah.


















No comments:

Post a Comment