Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia.

Selamat Datang ke Blog Rasmi YB Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Wednesday 21 May 2014

Profil Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

YB Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar dilahirkan pada 1 Februari 1946 di Kampung Pendam, Sadong, Sarawak. Kini berusia 68 tahun, Ahli Parlimen Santubong ini mempunyai tiga orang anak.
Mendapat pendidikan tinggi di England dan Amerika Syarikat, beliau memperolehi Ijazah Doktor Pengurusan Perniagaan (DBA) dari University of Southern California, Amerika Syarikat.
YB Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar amat gemar membaca dan menulis. Beliau amat meminati tulisan-tulisan klasik sastera Inggeris seperti The Iliad and the Odyssey oleh penyair Yunani Homer, dan beliau juga telah membaca hampir kesemua buku-buku karya Denise Robins.
Di rumah, YB Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar mengakui menyimpan lebih daripada 7,000 naskah buku. Minat beliau yang mendalam terhadap penyair Homer juga menobatkan filem klasik Ulysses (1955) lakonan Kirk Douglas sebagai filem terbaik yang pernah beliau tonton. Kisah epik kepahlawanan, keberanian, ketaatan, kejujuran dan cinta yang dipaparkan dalam kisah-kisah itu amat menyentuh perasaan YB Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar.
Sekiranya diberikan peluang untuk bercuti selama sebulan, Ahli Parlimen Santubong ini akan menghabiskannya dengan melakukan tiga perkara. Beliau akan menghabiskan sepuluh hari untuk bersantai di tempat percutian tanah tinggi untuk menghirup udara segar dan menenangkan fikiran. Kemudian, beliau akan menghabiskan sepuluh hari lagi dengan memandu dari bandaraya Kuching ke Brunei bersama keluarga, singgah bermalam di kampung halaman dan rumah panjang sewaktu dalam perjalanan. Selepas itu, beliau akan menghabiskan baki sepuluh hari yang lain untuk melawat perpustakaan-perpustakaan termasuklah Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mencari buku-buku syair dan hikayat lama.

Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar

No comments:

Post a Comment